Hello, Assalamualaikum :) Cepatnya masa berlalu, kan kan? Harini dah 28 Mei 2012 dah. Sekejap je. Alaahai. Tak lama dah nak pergi sambung belajar lagi. Tinggalkan keluarga semua. Coced :'( hehe. Guna bahasa sendiri. Nurul memang tak buat apa sebelum ni, masa memang banyak dihabiskan di rumah sahaja. Tak caye? Tanya Ibu saya ;) hehe. Kalau nak, boleh juga tanya ayah saya. Haha, sebab ayah je yang tak benarkan saya kerja. Takpela, dengar cakap ayah ^_^ Jadi, malam ni, haha, Nurul baru belajar menjahit. "Alahai anak dara! Baru belajar menjahit ke? Umur nak hujung-hujung belasan tahun dah, kesian, baru nak belajar". Semua nak ejek, apela. Termasuk ibu Nurul sendiri xD Takpe, Nurul Redha sajaa. Dah memang pun, hakikat. First time ni menjahit, sebelum ni hanya tolong ibu masukkan benang dekat jarum tu je. hehe. Okayy, Nurul just jahit Jahitan Jelujur je ;) Simple sangat. Eleh, poyo kejap. Ni pun jahit untuk baju sendiri. Baju yang akan dipakai sempena Perkahwinan Kak Long saya di Kelantan nanti :) Almalkumlah, cuti sekolah, 2minggu ,ramai je yang nak membina masjid kan.hehe. Sebenarnya, ibu memang nak hantar dekat tailor je untuk jahit baju-baju ni. Memandangkan tailor semua busy dengan banyak lagi tempahan yang sedia ada, jadi ibu mengambil keputusan untuk menjahitnya sendiri. Okay cun. Ibu menjahit pun ,boleh tahan .Hehe. Okay lah, setakat ini sahaja cerita kali ini. Pesanan Nurul buat semua gadis-gadis di luar sana, belajarlah menjahit .Tak rugi pun ;) hehe. Boleh tolong ibu/umi/mama korang kan kan. Nanti tak lama nak jadi isteri orang juga kan. Hehe. Kena pandailah menjahit, yang simple pun boleh membantu.
Ila liqa :) ♥
